I AM A NON-SMOKER ! VAPE ON!

...something for your mind, body & soul...

Thursday, May 15, 2008

Comment For Muhammad Taib-The Minister of Rural Development

Last week i commented on the Minister of Rural Development's blog but till today it is still awaiting moderation from the author..so, i felt might as well reproduce it here and send him the link.Happy reading..by the way,TS stands for Tan Sri..

Here goes..

Salam TS,

Pertama sekali,isi karpal singh ni adalah isu yang tak lain dan tak bukan isu beliau cuab untuk menguji sejauh mana kesetiaan orang melayu terutamanya dan setakat mana kesetiaan bangsa lain kepada raja dan juga kerajaan beraja sebab denagn membuat ujukaji inlah dia akan dapat membuat perancangan bagaimana untuk seterusnya melemahkan orang melayu khususnya.Dia juga sedang menguji sejauh mana ‘kesetiaan’ para pemimpin melayu kita dan sejauh mana ‘kejantananan’ para pemimpin tertinggi kita.

Sebelum kita melenting dgn perangai-perangai sebegini, kita harus melihat dahulu kenapa dia atau orang2 sebegini berani berbuat demikian.Jawapannya senang sahaja,disebabkan PM kita tidak kuat dan tidak berani berdepan dengan perkara sebegini dan kerana ketuanan melayu telah sedikit demi sedikit terhakis disebabkan pemimpin sebegini.Ini adalah satu fakta yang harus diterima oleh semua orang melayu dan saya rasa cukuplah menteri2 kita memberikan gambaran yang tidak tepat kepada Pak Lah.Oleh kerana beliau sehingga kini berasa masih mendapat sokongan rakyatlah terjadinya perkara-perkara sebegini.Pak Lah harus disedarkan dari mimpi beliau dan harus diberitahu akan perkara sebenar yang berlaku di dalam negara dan bukan hanya perkara yang beliau ingin berlaku seperti kehendaknya.

TS yang satu masa dahulu pernah memajukan Selangor harus sedar dan berterus -terang kepada Pak Lah tentang perkara yang sebenar2nya.Barulah TS boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang telah insaf dan berprinsip dan bukan hanya sebagai seorang pemimpin yang dicop sebagai menteri berkepentingansendiri dalam kabinet Pak Lah dan tidak ada maruah serta prinsip sebagai seorang Islam,seorang berbangsa Melayu dan sebgai seorang manusia di bumi Allah s.w.t.

Punca utama adalah kerana kerajaan yang tidak stabil terutamanya pemimpin yang tidak tahu bagaimana untuk membela dan menegakkan keadilan untuk rakyat dan kerana pemimpin yang lemahlah orang-orang seperti karpal singh, lim kit siang ,anwar ibrahim dan sebagainya berani memainkan sentimen sebegini dan sentiasa memikirkan cara untuk memijak bangsa melayu kita.

Saya yakin TS yang pernah berkhidmat dgn Tun M pada satu masa dahulu tahu perkara sebegini tidak mungkin akan berlaku di bawah pemerintahan beliau kerana Tun M adalah sebenar2nya pahlawan melayu dan dialah satu2nya pemimpin yang berani dalam menegakkan keadilan untuk orang melayu.(..tak payah hunus keris pun orang tahu keris Tun M panjang and besar mana..garang lagi!)Sekiranya TS berkesempatan,TS boleh melawat ke blog Tun M dan dari situ pun kita boleh melihat sokongan yang tidak berbelah bagi pada bekas pemimpin yang telah berjasa kepada kita dan apa yang saya cakap ini disokong oleh berjuta lagi rakyat malaysia tidak kira bangsa.

http://www.chedet.com/

Walaubagaimanapun, Karpal Singh telah secara terang-terangan menderhaka kepada raja dan walaupun sebab ini adalah puncanya dari pemimpin tertinggi kerajaan sekrang ini, tindakan karpal singh tetap tidak boleh dibiarkan.Begitu juga denag lim kit siang di perak sebelum ini dan termasuklah para exco umno di perlis dan terengganu sebelum ini walaupun dari bangsa melayu itu sendiri dan harus dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Berkenaan dgn janji PKRkepada rakyat Selangor, sebenarnya rakyat selangor sendiri tidak menyangka PKR akan menang sebegini besar tetapti apabila undi dibuang adalah sebagai rasa protes kepada Pak La dan BN secara amnya.Jadinya undi sebegini adalah undi marah rakyat selangor.bayangkanlah sekiranya semasa pemilihan tempohari setiap pengundi memiliki hati dan tidak puas hati dgn Pak lah,mereka akan mengundi pihak pembangkang dgn harapan akan kurang majoriti BN di Selangor tetapi apabila setiap penduduk selangor mempunyai pemikiran yang sama..itulah jadinya keputusan pilihanraya baru-baru ini.

TS kena faham kami pengundi sekarang ini bukanlah bodoh dan buta tuli sehingga percaya kepada setiap kata-kata pembangkang.Pembangkang dari dulu akan sentiasa menjanjikan perkara yang bertentangan dari kerajaan semta-mata untuk memenangi hati pengundi tetapi disebabkan pembangkang sudah pun berjanji maka pengundi pun fikir tidak akan ada apa yang dirugikan jika isu pembangkang tidak tunai janji dituntut..sebab benda dah cakap,kalau tak cakap takde la orang tuntut,betul tak TS.Kerajaan BN pun ada jugak janji yang masih belum ditunaikan.

Sekali lagi, punca utama kenapa timbul rakyat yang biadap dan derhakaserta kenapa kerajaan kalah semasa pilihanraya adalah terang sekali kepada semua yang ingin melihatnya…Pak Lah!Hanya orang yang tidak mahu melihat kebenaran sahajalah yang masih menyokong Pak Lah serta ahli keluarga beliau.Tengok betul2 dalam hati kita,pertimbangkan elok2 dan nampaklah kita akan punca utamanya.

Hari ini Pak Lah berkata kita JANGAN LUPA DIRI dan terpampang di muka depan Berita Harian..tetapi siapa yang sebenarnya lupa akan diri sendiri..adakah ini contoh-contoh seorang melayu yang mudah lupa!

Sekian TS.Tq Very Much.

http://lordmusan.blogspot.com/




No comments: